BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Bagi memohon keberkatan serta kejayaan dalam menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, baru-baru ini, telah mengadakan Solat Hajat, bacaan Surah Yasin dan doa bertempat di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop.
Seramai 850 pelajar terdiri daripada pelajar Tahun 8, Tahun 10, Pra-U 1 dan Pra-U 2, ibu bapa serta guru-guru sekolah berkenaan menghadiri majlis tersebut.
Selain memohon keberkatan serta kecemerlangan untuk para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan, majlis tersebut juga bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ibu bapa serta warga sekolah berkenaan.
