Mohon keberkatan pasukan negara

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Bagi memohon kelancaran dan keberkatan bagi pasukan bola sepak Negara Brunei Darussalam yang akan berangkat menyertai temasya Sukan SEA 2019 yang bakal berlangsung tidak lama lagi di Filipina, Majlis Sembahyang Fardu Maghrib dan Sunat Hajat Berjemaah, Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah, Dikir dan Doa Selamat telah diadakan, hari ini.

Turut hadir pada majlis yang berlangsung di Bangunan Rumah Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD), Berakas itu ialah Presiden NFABD, Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan.

Juga hadir ialah ahli-ahli NFABD dan pemain-pemain bola sepak yang akan mewakili negara ke temasya Sukan SEA 2019.

Acara yang dianjurkan oleh NFABD itu didahului dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah sebelum diikuti dengan sembahyang Sunat Hajat berjemaah dan bacaan Surah Yasin serta tahlil yang dikepalai oleh Awang Muinuddin bin Mohammad Zain.

Pengiran Haji Matusin (dua dari kanan) ketika bersama-sama hadir pada majlis berkenaan.