Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Mohon keredaan Allah jemaah haji negara

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan Perbadanan TAIB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Pegawai dan kakitangan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) dan anak syarikatnya, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd dan Darussalam Holdings Sdn Bhd telah mengadakan solat Sunat Hajat beramai-ramai sempena hari wukuf di Arafah.

    Majlis yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, kompleks bangunan Jabatan Perdana Menteri itu antara lain bertujuan memohon keredaan Allah SWT dan mendoakan keselamatan serta kesihatan jemaah haji Brunei Darussalam ke Arafah dalam menunaikan ibadah haji.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim bersama-sama jawatankuasa pengurusan, ketua-ketua jabatan dan pegawai Perbadanan TAIB, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd dan Darussalam Holdings Sdn Bhd.

    Solat Sunat dimulakan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid di Masjid Ash-Shaliheen, Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran yang turut mengetuai bacaan Doa Selamat, diikuti dengan solat Sunat Hajat dan Fardu Maghrib berjemaah.

    Haji Mohammad Izzat Izzuddin memimpin bacaan Surah Yasin pada majlis yang diadakan di Masjid Ash-Shaliheen baru-baru ini.
    Datin Hajah Hasnah semasa hadir pada majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...