Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mohon maaf kerana guna bahasa kesat

    SYDNEY, 31 Mei – Seorang ahli kanan politik Australia memohon maaf hari ini selepas bahasa kesat yang digunakannya terhadap seorang datuk bandar wanita mencetuskan tuduhan membenci perempuan.

    Menteri Kesihatan Greg Hunt, yang dikatakan sebagai kemungkinan bakal perdana menteri, telah mengecam Fay Miller, datuk bandar Katherine, ketika satu pertemuan pada Disember lalu.

    Selain dari menyumpah, dia dituduh mengugutnya dengan menggoyang-goyangkan jarinya di muka wanita itu.

    Hunt hanya memohon maaf selepas Miller menulis surat kepada Perdana Menteri Malcolm Turnbull yang menekankan tentang ‘kelakuannya yang tidak dapat diterima, tidak wajar dan tidak hormat’.

    “Ketika dalam perbualan, saya menggunakan bahasa kesat,” Hunt mengakui.

    “Saya memohon maaf kepada datuk bandar Katherine dan hari ini saya mahu mengulangi permohonan maaf secara terbuka dan benar-benar ikhas.”

    Ditanya dalam parlimen jika dia terlibat dalam mana-mana kejadian serupa yang lain, Hunt berkata satu kes lain telah dibangkitkan dengannya tentang ‘rundingan seriusnya’ dengan bekas setiausaha jabatan kesihatan.

    Keberangan Hunt terhadap Miller muncul apabila Miller mencadangkan lebih banyak pembiayaan untuk menangani pencemaran yang muncul dari penggunaan busa memadamkan api di rantaunya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda