Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Mohon restu menjelang peperiksaan

Gambar serahan SMAS

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Seramai 81 orang penuntut Tahun 11 Sekolah Menengah Awang Semaun (SMAS) yang akan menduduki Peperiksaan BGCE O Level pada bulan ini telah menghadiri Majlis Restu dan Izin Ilmu yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Ia diadakan dengan harapan dapat menyuntik semangat terakhir sebelum pelajar menghadapi peperiksaan.

Majlis diisikan dengan taklimat daripada Bahagian Peperiksaan SMAS serta sesi kongsi sama daripada Awang Norali Izzat bin Rozdy dan Awang Norali Izzam bin Rozdy yang merupakan alumni SMAS.

Selain itu, para pelajar bersama ibu bapa dan penjaga mereka juga berpeluang untuk menyertai sesi Recall di mana suasana syahdu menyelubungi hati dan perasaan hadirin ketika itu.

Majlis diakhiri dengan acara bersalam-salaman bagi memohon restu dan kemaafan daripada ibu bapa atau penjaga dan guru-guru.

Alumni SMAS diundang untuk berkongsi pengalaman bersama para pelajar.
Antara pelajar dan ibu bapa serta penjaga yang menghadiri Majlis Restu dan Izin Ilmu di SMAS.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -