Mohon tambahan bakul makanan

SANDAKAN, 23 FEB – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Mokran Ingkat akan memohon bantuan bakul makanan tambahan daripada kerajaan negeri Sabah untuk diagihkan kepada lebih 1,000 keluarga dalam kumpulan B40 di kawasan DUN itu.

ADUN Barisan Nasional (BN) itu berkata pihaknya percaya terdapat lebih ramai yang dikategorikan dalam kumpulan itu di kawasan Sungai Manila yang terkesan akibat pandemik COVID-19 memerlukan bantuan.

“Setakat ini, hanya 1,000 keluarga B40 di Sungai Manila telah didaftarkan dan menerima bantuan bakul makanan daripada kerajaan negeri, tetapi kami percaya ramai lagi yang perlu dibantu,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan bakul makanan itu di Taman Muhibbah di sini hari ini.– Bernama