Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mollema tawan peringkat ke-15

    LE PUY-EN-VELAY, Perancis, 17 Julai – Bauke Mollema memenangi peringkat ke-15 Tour de France semalam dalam memecut solo ke Le Puy en Velay ketika Chris Froome mengekalkan jersi kuning.

    Diego Ulissi berada di tempat kedua pada akhir peringkat pergunungan sejauh 189.5km dari Laissac-Severac l’Eglise di Massif Central di depan Tony Gallopin di tempat ketiga.

    Tetapi juara bertahan, Froome terpaksa bertahan dari kedudukan yang membimbangkan apabila dia mengalami masalah mekanikal pada 50km terakhir yang menyaksikannya tertinggal 50 saat di belakang pesaing utamanya ketika dia terpaksa untuk menggunakan basikal rakan sepasukan Michal Kwiatkoski untuk meneruskan perlumbaan.

    Kejar-mengejar berlaku ketika Nikel Nieve, Vasil Kriyeinka dan Sergio Henao membantu pergerakan Froome kembali ke kumpulan itu, juara tiga kali itu kembali dalam persaingan tiga km sebelum kemuncak kategori pertama vol de Peyra Taillade lebih 30km dari penamat.

    Penunggang dari Britain berusia 32 tahun itu melepasi garisan penamat bersama pesaing-pesaing utamanya untuk mengekalkan pendahuluan 18 saat ke atas Fabio Aru dari Itali, dengan Romain Bardet dari Perancis di tempat ketiga dengan 23 saat.

    Antara pemandangan aksi perlumbaan Tour de France peringkat ke-15 yang berlangsung di Perancis. – AP
    Antara pemandangan aksi perlumbaan Tour de France peringkat ke-15 yang berlangsung di Perancis. – AP
    Bauke Mollema meraikan kemenangannya dalam peringkat ke-15 Tour de France yang bermula di Laissac-Severac I’Eglise dan berakhir di Le Puy-en-Velay. – AP
    Bauke Mollema meraikan kemenangannya dalam peringkat ke-15 Tour de France yang bermula di Laissac-Severac I’Eglise dan berakhir di Le Puy-en-Velay. – AP

    Penunggang yang malang pada perlumbaan itu adalah Nairo Quintana dari Colombia, yang terjejas pada pendakian Peyra Taillade dan kehilangan beberapa minit ketika penyudah, jatuh dari 10 kedudukan teratas pada keseluruhannya.

    Sementara itu, Dan Martin dari Ireland secara tipikalnya bertahan dan melakukan pecutan pada 12km terakhir untuk mendapatkan beberapa saat ke atas pencabar lain.

    Penunggang itu berusia 30 tahun itu juga mendapatkan tempat dalam senarai, berada di depan rakan sepasukan Froome dari Sky, Mikel Landa di tangga kelima, sekarang ketinggalan satu minit 12saat di belakang Froome, Martin kehilangan 1:15 seminggu lebih awal apabila terjejas oleh kemalangan Richie Porte dalam penurunan berbahaya dan sejak itu mengalami sakit belakang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda