Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Molnupiravir hanya untuk pesakit terpilih

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Pil Molnupiravir yang tiba semalam di Negara Brunei Darussalam hanya akan diberikan kepada pesakit-pesakit COVID dewasa yang berisiko tinggi dan mereka yang dinilai sesuai untuk menerimanya.

    “Ubat jenis telan dan bukan suntikan ini hanya diberikan kepada pesakit yang berisiko yang berkemungkinan akan dimasukkan ke unit rawatan rapi, pesakit kronik dan mereka yang belum bervakinasi selain mereka yang sudah lanjut usia,” jelas Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) di Kementerian Kesihatan, Dr Ang Swee Hui semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, petang tadi.

    Semasa menjawab persoalan media, Dr Ang Swee Hui menjelaskan ubat tersebut boleh diberikan kepada ibu (positif COVID) yang menyusukan anak damit namun semasa pengambilan ubat itu, ibu yang menyusukan anak hendaklah berhenti menyusukan buat seketika.

    Apabila mereka sudah pulih maka ibu tersebut adalah dibolehkan kembali untuk menyusukan anak damitnya, katanya lagi.

    Dr Ang Swee Hui juga menekankan sekali lagi bahawa ubat antiviral tersebut tidak akan diberikan kepada semua orang, tetapi akan hanya diberikan kepada pesakit yang dipilih sahaja.

    Menurutnya lagi, pil untuk dimakan selama lima hari itu juga akan diberikan kepada mereka yang menghidap infeksi ringan dan sederhana dan ia juga tidak sesuai untuk diberikan kepada pesakit yang telah dimasukkan ke rumah sakit atau yang berada di unit rawatan rapi.

    Dr Ang Swee Hui semasa menjawab soalan pada sidang media di Kementerian Kesihatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...