Tuesday, August 16, 2022
23.6 C
Brunei

Momota nyaris tumbang di Terbuka Malaysia

-

KUALA LUMPUR, 1 JULAI – Jaguh badminton Jepun, Kento Momota mengharungi perlawanan pertamanya di Malaysia dalam tempoh dua tahun kelmarin selepas pulih daripada insiden kemalangan kereta pada 2020 yang memberi kesan terhadap prestasi kerjayanya.

Dalam pertemuan sengit yang berlangsung selama 55 minit, pemain nombor dua dunia itu menewaskan pemain Hong Kong, Angus Ng Ka-long 11-21, 21-8, 21-18 pada pusingan kedua di Terbuka Malaysia.

Momota melangkah masuk ke Arena Axiata Kuala Lumpur dengan tenang selepas lawannya pada pusingan pertama, Kantaphon Wangcharoen dari Thailand, menarik diri daripada perlawanan Rabu lalu.

Laungan lantang “Momota, Momota” mengalu-alukan bekas juara dunia dua kali itu daripada penonton yang kebanyakannya warga Malaysia ketika dia dan Ng masuk ke gelanggang.

Tetapi kemenangan tidak diraih dengan mudah bagi Momota apabila dia melakukan beberapa unforced errors yang memaksa pemain berusia 27 tahun itu ketinggalan 11-21 pada set pertama.

Dia kembali menemui rentak dalam permainan kedua, Momota kemudiannya mendominasi Ng 21-8 dan mengekalkan momentum untuk menang 21-18 dalam pertandingan akhir yang sengit.

Karier Momota terjejas pada Januari 2020 lalu apabila dia terlibat dalam kemalangan jalan raya hanya beberapa jam selepas kemenangannya di Malaysia Masters. Ia merupakan satu tragedi yang mengorbankan pemandunya dan menyebabkan Momota mengalami kecederaan di bahagian soket mata.

Tidak beraksi selama setahun, pemain kidal itu sukar untuk bangkit daripada kecederaan dan gagal di Sukan Olimpik Tokyo serta tewas pada pusingan pertama pada empat daripada lima kejohanan perseorangan yang disertainya pada tahun ini. – AFP

Aksi Kento Momota semasa perlawanan pusingan kedua Terbuka Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini. – Bernama
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -