Momota tawar diri jadi jurulatih

TOKYO, 19 OGOS – Ia adalah prospek yang tidak dapat dielakkan bagi pemain badminton – peluang untuk dilatih oleh pemain nombor satu dunia Jepun, Kento Momota, yang telah mencetuskan ribuan respons dengan menawarkan khidmatnya.

“Ada sesiapa yang ingin bermain badminton bersama saya?” Momota menulis menerusi akaun Twitternya baru-baru ini.

“Saya ingin mengajar orang bermain badminton.

“Saya ingin semua orang tahu betapa seronoknya bermain badminton,” tambah bintang badminton itu, yang mengalami kecederaan dalam kemalangan kereta pada Februari lalu di Malaysia.

Momota, pemenang pingat emas yang menjadi harapan Jepun di Sukan Olimpik yang tertunda, menghabiskan masa selama berbulan-bulan untuk menjalani pemulihan akibat kemalangan yang telah membunuh pemandu kenderaan dan menyebabkan kecederaan pada bahagian mata sebelah kirinya. – AFP