Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Mona Allen tampil bertudung

    Penampilan pelakon Mona Allen berhijab menerusi perkongsian fotonya di laman Instagram menarik perhatian wargamaya yang memuji imej baharunya itu.

    Tidak mahu membuat sebarang kenyataan berkaitan hal itu, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen memilih untuk membiarkan saja wargamaya membuat andaian sendiri mengenai imej bertudungnya itu.

    Tambah Mona, dia kini sedang memperbaiki diri memandangkan bakal menjadi ibu tidak lama lagi.

    Sebelum ini, foto aktres berusia 37 tahun itu memakai tudung yang dikongsikan di laman sosial menerima pujian daripada warganet.

    Rata-rata wargamaya juga mendoakan agar pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu terus istiqamah dengan memakai tudung sepenuhnya.

    Berkongsi mengenai keadaan dirinya, Mona memberitahu dia dijangka akan melahirkan cahaya mata sulungnya sekitar September hadapan.

    Menurut isteri kepada aktor Pekin Ibrahim itu, dia bersyukur menerima banyak hadiah barang-barang keperluan anak damit yang dianggap sebagai rezeki anaknya. – Agensi

    Imej bertudung Mona yang dimuat naik di Instagram tarik perhatian warganet. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...