Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Mona, Pekin sambut anak pertama pada tarikh Hari Kebangsaan

    Pelakon Mona Allen dan Pekin Ibrahim menyambut kelahiran cahaya mata pertama yang dikatakan ‘Anak Kecil Merdeka’ pada Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 pada 31 Ogos.

    Berkongsi dalam laman sosial Instagram, Mona memaklumkan beliau selamat melahirkan anak damit pada awal pagi.

    “Alhamdulilah, terima kasuh atas doa awda. Mummy dan baby selamat. Baby Merdeka lahir pada pukul 2:39 pagi tadi,” Mona berkongsi menerusi Instagram.

    Sebelum ini, Mona berkongsi tentang usaha untuk hamil (trying to conceive – TTC) menerusi saluran YouTube rasminya. Usaha untuk mendapatkan cahaya mata dimulakan ketika usia perkahwinan mereka mencecah dua tahun setengah.

    Antara usaha yang dilakukan termasuk menjaga pemakanan, melakukan pemeriksaan kesihatan, bertemu pakar sakit puan dan mendapatkan rawatan perubatan Islam.

    Menurut Mona, usaha yang dilakukan membuahkan hasil apabila dirinya hamil selepas enam bulan.

    Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen dan Pekin mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Beliau hanya mengumumkan kehamilannya selepas usia kandungan berusia enam bulan. – Agensi

    Mona dan Pekin bertuah menyambut anak pertama pada Hari Kebangsaan Malaysia ke-65. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...