Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Monaco kekal di persada

    PARIS, 16 April – Radamel Falcao keluar dari bangku simpanan untuk menterbalikkan perlawanan kepada pihak Monaco apabila pendahulu Ligue 1 itu bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Dijon 2-1.

    Jaringan Cedric Varrault telah memberikan Dijon pendahuluan di Stade Louis ll tetapi Nabil Dirar membuat tolakan susulan sepakan percuma Falcao bagi gol penyamaan pada minit ke-69 dan penyerang Colombia itu akhirnya memastikan tiga mata buat Monaco. Kemenangan liga keenam berturut-turut Monaco itu telah membolehkan mereka sekali lagi mempunyai kelebihan tiga mata di depan juara bertahan, Paris Saint-Germain, yang menang 2-0 di Angers menerusi dua jaringan Angel Di Maria.

    Nice satu mata lagi di belakang di tangga ketiga selepas bangkit untuk menewaskan Nancy 3-1 semalam, meskipun mereka bermain lebih satu perlawanan. Jurulatih Monaco, Leonardo Jardim telah membuat empat perubahan kepada pasukannya selepas kemenangan 3-2 dalam suku akhir pertama Liga Juara-Juara ke atas Borussia Dortmund.

    Monaco telah menegaskan bahawa memenangi gelaran Perancis adalah objektif utama mereka, tetapi mendapati diri mereka ketinggalan ketika rehat menentang pasukan yang diancam penyingkiran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda