‘Monday Blues’ sindrom malas bekerja?

ISNIN! Malasnya hendak pergi kerja. Walaupun sudah 20 tahun bekerja tapi bila Isnin, demam malas bekerja menyerang. Sekumpulan saintis dari Univerisity of Sydney Australia pernah melakukan kajian harian yang mempengaruhi mood. Daripada 202 responden yang mengambil bahagian, 45 peratus daripadanya mengakui bahawa Isnin adalah hari paling teruk. Manakala Jumaat dan Sabtu adalah hari paling menyeronokkan.

Dalam pada itu ada satu lagi kajian lain yang mengaitkan Isnin dengan peningkatan kadar stres fizikal dan mental. Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan serangan jantung, strok dan kematian mengejut kerana serangan jatung berlaku pada Isnin. Jadi, Isnin adalah hari orang diserang sakit jantung? Bukan begitu! Alasannya mudah sahaja…stres untuk kembali bekerja dan berhadapan dengan tekanan kerja menyebabkan serangan jantung. Puncanya adalah stres dan bukannya Isnin. Isnin cumalah hari yang sama dengan hari-hari yang lain.

Isnin dipersalahkan kerana hari pertama selepas cuti hujung minggu. Gaya hidup berubah secara drastik, daripada duduk bersenang lenang di rumah terpaksa pula berhadapan dengan kesesakan jalan raya dan beban kerja yang ditinggalkan.

Semua kebahagiaan cuti lenyap, sehingga memberi kesan terhadap produktiviti kerja. Rasa malas, tiada mood serta lesu antara petanda yang dialami. Malah ada kalanya badan terasa ingin demam. Akibatnya, kerja-kerja yang harus dilakukan terbengkalai dan satu hari suntuk berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa hasil. Malah lebih teruk, ada yang mengambil cuti sakit kerana dibelenggu rasa malas.

Apa kata kita ubah sedikit setting otak yang mengatakan Monday Blues kepada…wow Monday yang menyeronokkan!

Jika hendak mendapatkan ilham yang banyak rebutlah hari Isnin dengan bergerak aktif bukannya dengan bermalas-malas. Mengapa? Kerana pada hari Isnin merupakan hari yang paling banyak maklumat.
Jika hendak mendapatkan ilham yang banyak rebutlah hari Isnin dengan bergerak aktif bukannya dengan bermalas-malas. Mengapa? Kerana pada hari Isnin merupakan hari yang paling banyak maklumat.
Isnin dipersalahkan kerana hari pertama selepas cuti hujung minggu.
Isnin dipersalahkan kerana hari pertama selepas cuti hujung minggu.

Menurut Pengasas Colour Vibration Therapy Sdn.Bhd., Prof Emiretus Dr. Norhisham Wahab, Isnin adalah hari untuk bergerak aktif bukannya penuh dengan momokan Monday Blues.

Kenapa? Kerana Isnin merupakan hari yang memberi ilham. Sejujurnya segala tindakan adalah bermula daripada ilham. Dengan ilham, segala perancangan dapat diatur dengan sistematik.

Jika hendak mendapatkan ilham yang banyak rebutlah hari Isnin dengan bergerak aktif bukannya dengan bermalas-malas. Mengapa? Kerana pada hari Isnin merupakan hari yang paling banyak maklumat. Maklumat yang datang adalah dari setiap penjuru. Jadi kita tidak boleh membazirkan peluang yang ada. Seeloknya lakukan lebih banyak aktiviti terutamanya dari segi perancangan kerana hari Isnin sudah pastinya mencetuskan pelbagai ilham yang bernas.

“Mengikut pengalaman, saya tidak menggalakkan staf mengambil cuti pada hari Isnin. Cuti yang diperuntukkan pada hujung minggu sudah cukup refresh semula otak.

“Setiap pekerja sudah mendapat rehat yang secukupnya dan pasti pada hari Isnin mereka perlu memberikan lonjakan terhadap mutu kerja. Fizikal dan mental yang segar selepas mendapat rehat mampu meningkatkan produktiviti kerja yang maksimum,” jelasnya.

Kenapa masih lesu?

Jadi apa puncanya kita lesu pada hari Isnin? Jelas Dr. Norhisham, ia berbalik kepada manfaat rehat yang sebenar dan hari Sabtu merupakan masa yang tepat untuk beristirehat. Ambil peluang untuk melepaskan semua hal-hal berkaitan dengan kerja.

Sebahagian orang demam malas bekerja menyerang setiap kali hari Isnin.
Sebahagian orang demam malas bekerja menyerang setiap kali hari Isnin.
Isnin cumalah hari yang sama dengan hari-hari yang lain.
Isnin cumalah hari yang sama dengan hari-hari yang lain.
Kita perlu ubah setting otak yang mengatakan Monday Blues kepada…wow Monday yang menyeronokkan!
Kita perlu ubah setting otak yang mengatakan Monday Blues kepada…wow Monday yang menyeronokkan!

Sambung Dr. Norhisham, apabila diberi peluang untuk berehat maka rehatlah sepenuhnya dan lupakan hal kerja. Berfikir tentang kerja pada hari cuti pun sebolehnya dielakkan kerana ia tidak akan mendatangkan apa-apa hasil pun.

Menurut beliau lagi, Isnin adalah hari yang terletak dalam gelombang warna putih. Maksudnya warna-warni lain wujud tetapi yang lebih dominan adalah putih. Istimewanya warna putih ialah ia merangkumi semua warna.

Jelaslah, warna putih antara warna yang terkuat. Bukan itu sahaja, warna putih mempunyai ion negatif. Ion negatif sebenarnya membantu kita untuk lebih bersemangat.

Setelah berehat secukupnya pada hujung minggu, sistem fizikal tubuh seperti tulang dan otot-otot seluruh badan memiliki kekuatan. Maka pada hari Isnin, sistem kekebalan tubuh akan melonjak tinggi. Ambillah aura tersebut supaya segala kerja yang dilakukan menjadi lebih mudah. Lonjakkanlah semangat yang ada di dalam diri bagi mencetuskan kejayaan.

Jadi untuk apa kita bermalas-malasan pada hari Isnin kerana banyak kebaikan terkandung di dalamnya. Tidak ada istilah Monday Blues, kalau kita faham hikmah indah yang tersembunyi di sebaliknya. Monday Blues hanya dipopularkan oleh barat untuk memainkan psikologi kita supaya menjadi malas.