PARIS, 17 MEI – Harapan Perancis untuk gelaran perseorangan lelaki pertama di Roland Garros sejak 1983 tidak kesampaian selepas Gael Monfils mengumumkan dia menarik diri daripada undian untuk menjalani pembedahan pada tumit kanannya.
“Dukacita saya maklumkan bahawa saya terpaksa menarik diri daripada Terbuka Parc de Lyon dan Terbuka Perancis minggu depan,” tulis nombor satu Perancis itu melalu Twitter.
Pemain berusia 35 tahun yang merupakan peserta separuh akhir di Terbuka Perancis pada 2008 dan kini menduduki tempat ke-22 dunia, merupakan salah seorang pemain yang hebat di gelanggang tanah liat merah Roland Garros.
Dia memulakan musim dengan baik dengan menang di Adelaide dan mara ke suku akhir Terbuka Australia. Tetapi dia bergelut di atas tanah liat dan terganggu dengan kecederaan yang memaksi dia untuk menarik diri di Monte Carlo dan Barcelona.
Pengumumannya dibuat sehari selepas dia dan isterinya, Elina Svitolina, mendedahkan bahawa mereka sedang mengandung anak pertama mereka, seorang perempuan, pada Oktober lalu. – AFP