Mongolia dengan isu pasaran gelap

SETELAH sekian lama, sebuah pengusaha khidmat pelancongan di Mongolia sering membawa para pelancong untuk melihat dengan lebih dekat lagi tengkorak dinosaur yang tersembunyi berdekatan de-ngan Flaming Cliffs di padang pasir Gobi terbesar di Mongolia.

Namun pada satu hari, tulang dan tengkorak dinosaur itu telah hilang malah tulang-tulang ini merupakan ribuan fosil purba yang telah hilang di negara itu sejak seorang pengembara dari Amerika Syarikat, Roy Chapman Andrews telah menemui fosil dinosaur di kawasan itu hampir satu abad yang lalu.

Roy Chapman Andrews kononnya merupakan inspirasi untuk watak sebuah filem, Indiana Jones.

Para ahli paleontologi dan penyeludup sering berkeliaran di kawasan itu namun kini, pihak kerajaan Mongolia telah berusaha untuk membuat beberapa kempen bagi menuntut kembali peninggalan fosil itu dengan harapan untuk meletakkan dan memelihara fosil itu di sebuah muzium. Malah pihak kerajaan itu mendapati kebanyakan fosil telah dijual dan didapati dipamerkan di muzium-muzium luar negara malah beberapa orang artis terkenal turut membeli fosil itu di pasaran terbuka dan membelinya dengan harga beratus-ratus beribu-ribu dolar.

Di dalam kenderaan beliau, Gelegrash ketawa melihat nilai fosil ini yang tinggi. “Jika saya menemui begitu banyak fosil, saya akan menjualnya untuk kepentingan diri saya sendiri,” kata Gelegrash tersenyum seorang diri. Isu mengenai proses mengembalikan fosil itu bermula setelah seorang menteri sukan dan pelancongan, Oyungerel Tsedevdamba hadir dalam satu jualan lelong di New York dan terlihat beberapa spesimen fosil dinosaur telah dijual dan dilelong malah pusat lelong itu turut menjual beberapa fosil yang memang jarang didengar malah lebih hebat daripada Tyrannosaurus Rex.

Para paleontologi mengesahkan bahawa kebanyakan spesimen dikenali sebagai reptilia yang menakutkan dan datang dari Nemegt Lembangan Mongolia dan isu itu meningkatkan persoalan bagaimana fosil itu boleh berada di Manhattan, New York. “Mengeluarkan fosil daripada negara ini adalah satu kegiatan yang diharamkan dan menyalahi undang-undang malah tidak ada sesiapa yang tahu apa yang perlu dilakukan dengan betul malah tidak ada sesiapa pun yang mendakwa fosil-fosil ini dari luar negara,” kata Oyungerel kepada wartawan AFP.

Kini, beberapa buah muzium di Amerika Syarikat telah menandatangani kontrak perjanjian dan berjanji untuk mengembalikan spesimen-spesimen fosil pulang ke negara asal Mongolia. – AFP

Kini, beberapa buah muzium di Amerika Syarikat telah menandatangani kontrak perjanjian dan berjanji untuk mengembalikan spesimen-spesimen fosil pulang ke negara asal Mongolia. – AFP

Antara masyarakat yang mendiami kawasan padang pasir tersebut. – AFP
Antara masyarakat yang mendiami kawasan padang pasir tersebut. – AFP
Pihak berkuasa Mongolia terlewat dalam mengisytiharkan tapak itu sebagai tapak warisan palaeontological Mongolia malah sebelum ini menganggapnya sebagai ‘Hanya Tulang’. – AFP
Pihak berkuasa Mongolia terlewat dalam mengisytiharkan tapak itu sebagai tapak warisan palaeontological Mongolia malah sebelum ini menganggapnya sebagai ‘Hanya Tulang’. – AFP

Penyeludup dan pencuri

Sejak penemuan oleh Chapman Andrews, beratus-ratus ekspedisi telah pergi ke Mongolia untuk mencari fosil-fosil itu malah kegiatan mencuri dan menyeludup secara haram turut meningkat di negara tersebut. “Perkara ini merupakan satu isu yang besar dan hampir mustahil untuk mengelakkan kecurian dari padang rumput luas tersebut di Mongolia,” kata Surenjav Munkhsaikhan, pengurus taman negara di mana Chapman menemui fosil-fosil itu.

Beliau merupakan satu-satunya penjaga sepenuh masa yang menjaga sekitar 10,000 hektar padang pasir fosil yang kaya dengan pelbagai jenis fosil. Surenjav dengan beberapa buah organisasi di negara itu telah berusaha untuk memerangi jenayah yang terdiri daripada perlombongan haram dan banyak lagi.

“Kita sebenarnya memerlukan lebih banyak ‘Drones’ untuk meneroka kawasan itu,” tambah Surenjav lagi kepada wartawan AFP.

Ketika ini, pihak kerajaan berusaha untuk membuat pemeriksaan yang teliti terutama dalam kastam bagi mengelakkan lagi penyeludup malah para pemandu pelancong dan banyak lagi telah mula mengadu tentang kehilangan banyak duit dan kehilangan punca pendapatan.

“Kami mahu situasi segera diselesaikan dan menangkap mana-mana pencuri yang telah mencuri fosil tersebut,” tambah Gelegrash lagi kepada wartawan AFP.

Tyrannosaurus Batar di New York dianggarkan berusia 70 tahun dan fosil ini merupakan foil yang jauh meninggalkan Mongolia namun pihak kerajaan negara itu telah bertindak dengan begitu cepat untuk berusaha mengembalikan fosil itu kembali. Presiden negara Mongolia, Tsakhiagiin Elbegdorj telah membawa kes itu terus kepada pihak kerajaan Amerika Syarikat.

Pada tahun 2012, seorang pendakwa persekutuan Amerika Syarikat telah memfailkan saman terhadap firma lelong tersebut namun kes tersebut telah berakhir dengan kemenangan tetapi setelah dua tahun selepas saman itu difailkan, fosil itu kembali ke Mongolia. “Keputusan itu merupakan satu langkah dalam melemahkan lagi usaha penyeludupan dan pencuri haram yang semakin berluasa dan pihak Amerika Syarikat merupakan titik akhir di mana kebanyakan fosil dihantar dan pihak Mongolia cuba menutup pasaran itu,” tambah Oyungerel lagi kepada wartawan AFP.

Jejak langkah Lenin

Mongolia telah menemui sekitar 30 fosil namun telah jatuh di tangan para penyeludup dan sesetengah pengumpul juga telah mengembalikan fosil-fosil yang diperolehi secara sukarela di antara mereka ialah pelakon Hollywood terkenal, Nicholas Cage yang mana telah membeli fosil T.Bataar dengan harga AS$276,000 dan mengetahui bahawa fosil itu telah di seludup keluar dari Mongolia.

Pihak berkuasa Mongolia terlewat dalam mengisytiharkan tapak itu sebagai tapak warisan paleontologi Mongolia malah sebelum ini menganggapnya sebagai ‘Hanya Tulang’ namun pada tahun lepas, sebuah muzium telah dibuka dan didedikasikan kepada specimen yang telah dikembalikan dan dibuka di sebuah tapak bekas Muzium Lenin Ulan Bator iaitu sebuah tinggalan komunis di negara itu.

Kini, beberapa buah muzium di Amerika Syarikat telah menandatangani kontrak perjanjian dan berjanji untuk mengembalikan spesimen-spesimen fosil pulang ke negara asal Mongolia selepas sahaja tempoh perjanjian selesai dimenterai. – AFP