Mongolia keluar amaran kebakaran hutan

ULAN BATOR, 5 MEI – Agensi Kecemasan Kebangsaan Mongolia hari ini mengeluarkan amaran kebakaran hutan dan rumput.

Cuaca kini amat kering di beberapa bahagian Mongolia yang berdepan risiko kebakaran hutan, kata agensi kecemasan itu.

Ia juga memberi amaran kepada penduduk bahawa sebarang pembakaran hutan perlu dielak.

Setakat ini, sejumlah 17 kebakaran hutan dilaporkan di seluruh negara semenjak awal tahun ini, kata agensi itu. – Xinhua