Mongolia tamatkan penutupan sekolah yang panjang

ULAANBAATAR – Menuntun adiknya dari pondok mereka di pinggir Ulaanbaatar, Urangoo Basandorj yang berusia 15 tahun hampir tidak dapat menahan kegembiraannya untuk kembali ke sekolah pada hari Rabu lalu.

Negara yang berjumlah tiga juta penduduk itu telah mengambil beberapa langkah berat dan paling bertahan di dunia terhadap pandemik COVID-19, menutup sekolah dan tadika sejak Januari 2020 dan menjerumuskan anak-anak ke pembelajaran jarak jauh dengan akses teknologi yang kurang baik. Hampir dua pertiga populasi telah divaksinasi sepenuhnya namun Mongolia melaporkan 3,726 kes virus baharu pada hari Rabu lalu, peningkatan harian tertinggi sejak wabak itu melanda negara itu, kata kementerian kesihatan.

Namun, pelajar memakai kot dan pelitup muka masuk ke sekolah rendah di ibu kota Ulanbaatar, di mana bilik darjah dilengkapi dengan monitor suhu, pensanitasi tangan dan pelekat penjarakan fizikal.

“Saya mendengar berita mengenai pembukaan semula sekolah dan saya sangat gembira… Saya sangat gembira dan saya bermimpi rakan sekelas sepanjang malam,” kata Urangoo Basandorj kepada AFP.

“Sangat sukar untuk tidak dapat bertemu dengan rakan-rakan saya… kelas dalam talian tidak bagus.”

Seorang guru mengajar pelajarnya di kelas semasa pembukaan semula sesi baharu persekolahan pada Rabu lalu di Ulaanbaatar, ibu negara Mongolia. – AFP
Kelihatan beberapa orang pelajar datang ke sekolah. – AFP

Para ibu bapa di seluruh Mongolia, sebuah negara daratan yang terkurung di mana hampir satu pertiga orang tinggal di bawah garis kemiskinan telah mengadu pelbagai akses ke pendidikan sejak wabak ini pertama kali muncul di negara jiran China. Di mana kelas di televisyen dan pembelajaran dalam talian dikatakan terhad kepada mereka yang mempunyai akses internet.

Bagi masyarakat miskin dan terpencil di perkampungan, pendidikan paling tidak sempurna, dilakukan di rumah-rumah kecil dan sesak di mana beberapa keluarga kekurangan televisyen atau bekalan elektrik.

Keluhan melanda di media sosial tetapi pihak berkuasa tetap menghadapi sekatan pergerakan dan pembelajaran di rumah, selain daripada waktu rehat yang pendek akhir tahun lalu ketika sekolah dibuka kembali seketika.

Inilah masa untuk menyesuaikan diri

Pembukaan semula sekolah pada hari Rabu lalu menyaksikan ibu bapa yang tinggal di kawasan perkampungan berdekatan ibu kota, penduduk dari budaya nomad Mongolia menyatakan kegembiraan kerana anak-anak mereka kembali ke sekolah.

“Ketika mereka menonton TV pelajaran (di yurt), terdapat banyak gangguan… memasak, adik-beradik menangis dan sebagainya,” kata ibu Urangoo, Dolgorsuren Tumurbaatar.

“Sekolah ditutup terlalu lama. Sudah waktunya untuk menyesuaikan diri dan tinggal bersama COVID-19.”

Semasa penutupan sekolah, pelajar sekolah awam bergantung pada ‘TV pelajaran’, video pembelajaran tanpa interaksi atau kelas dalam talian dengan hasil yang terhad.

“Biasanya, guru bercakap sendiri dan beberapa pelajar malah tidur ketika mereka mematikan kamera dan mikrofon,” tambah Urangoo Baasansuren. – AFP