Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Mongolia tambah eksport batu arang ke China

    ULAANBAATAR, 10 NOV – Mongolia sedang mempertingkatkan usaha untuk mengeksport batu arang ke China, beritahu pegawai kerajaan kepada AFP, meskipun usaha global untuk menamatkan penggunaan bahan api fosil.

    Pemimpin dunia sedang berkumpul pada persidangan COP27 di Sharm el-Sheikh untuk berbincang panjang lebar mengenai masa depan planet, dan peranan China dalam pelepasan karbon global telah menjadi tumpuan.

    Mongolia telah menghantar 86 peratus daripada eksportnya ke China, dengan batu arang menyumbang lebih separuh daripada jumlah keseluruhan, dan negara itu sedang menambah baik infrastrukturnya dengan harapan menjual lebih banyak lagi kepada jirannya di selatan.

    “Kami perlu menggunakan tingkap peluang ini, menggunakan tempoh 10 tahun akan datang untuk mengeksport seberapa banyak batu arang yang kami mampu,” beritahu timbalan menteri perlombongan Batnairamdal Otgonshar kepada AFP.

    China ialah negara pencemar terbesar dunia dan telah berjanji akan mencapai karbon neutral menjelang 2060. Ke arah itu, ia sedang membangunkan grid tenaga boleh diperbaharui untuk bersiap siaga beralih kepada tenaga bersih.

    Namun keperluannya untuk tenaga batu arang adalah jauh melebihi apa yang mampu dibekalkan oleh sumber boleh diperbaharui. Pihak berkuasa China mengarahkan pengeluar supaya menambah 300 juta tan kapasiti perlombongan pada tahun ini – bersamaan pengeluaran batu arang tambahan selama sebulan. – AFP

    Gambar video yang diambil pada 16 Oktober 2021 menunjukkan batu arang menunggu untuk dipunggah ke trak berdekatan pelabuhan Gants Mod di sempadan China dengan Gashuun Sukhait, wilayah Umnugovi, Mongolia. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...