Monsanto bayar ganti rugi AS$2 bilion

SAN FRANCISCO, 14 Mei – Dalam tamparan ketiga saman terhadap Monsanto dan racun rumpai Roundup milik Monseren, juri di California telah memerintahkan gergasi kimia itu untuk membayar ganti rugi lebih AS$2 bilion kepada pasangan yang mendakwa produk itu menyebabkan mereka mengidap kanser, kata peguam.

Keputusan pada Isnin adalah yang terbaru dalam satu siri kekalahan kepada Monsanto gara-gara produk berasaskan glyphosate tetapi syarikat itu menegaskan racun rumpai mereka tidak menyebabkan kanser. – AFP