Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Monteiro kecewa dengan tindakan Zii Jia

    KUALA LUMPUR, 23 JUN – Terkejut dan sangat kecewa. Begitulah reaksi Timbalan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Komanwel Birmingham 2022, Gerard Monteiro, apabila mengetahui jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia menarik diri daripada temasya tersebut.

    “Saya kecewa kerana ini adalah Sukan Komanwel dan kami sangat berharap beliau akan menyumbang pingat,” katanya kepada pemberita selepas melawat kem latihan pasukan badminton kebangsaan Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, di sini, hari ini.

    Zii Jia menerusi sebuah video yang dikongsikan kepada media kelmarin, memaklumkan keputusan yang mengejutkan bahawa beliau menarik diri daripada Sukan Komanwel yang berlangsung pada 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

    Pemain perseorangan nombor lima dunia itu menyatakan bahawa sebab utama beliau mengambil keputusan itu adalah kerana kesukaran menangani jadual yang padat, selain mahu memberi fokus pada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, pada 22 hingga 28 Ogos ini.

    Monteiro berkata kontinjen Malaysia dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) juga belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada Zii Jia dan hanya mengetahui tentang perkara itu menerusi video tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...