Montenegro mula mengundi

PODGORICA, 15 April – Rakyat Montenegro mula mengundi hari ini yang menyaksikan bekas perdana menteri pro-Barat, Milo Djukanovic akan diundi sebagai presiden negara Balkan yang berhasrat untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU).

Selepas mendominasi politik di negara bekas republik Yugoslavia hampir 25 tahun, Djukanovic meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Oktober 2016 namun dia meng-umumkan kembali bulan lepas.

Ahli ekonomi berusia 56 tahun itu mahu membawa negara itu menyertai Kesatuan Eropah susulan penyertaan NATO pada 2017. Jika memperolehi kemenangan bagi jawatan presiden, ia dijangkakan satu kerusi yang kuat dalam sebuah negara yang mempunyai penduduk seramai 620,000 orang.

Walau bagaimanapun, isu mengenai jenayah terancang membayangi sepanjang kempen apabila 20 orang terbunuh di jalan raya dan letupan bom kereta dalam tempoh dua tahun kebelakangan.

Mladen Bojanic semasa mengundi untuk pilihan raya presiden di tempat pembuangan undi di Podgorica kelmarin. – AFP

Undian akan bermula seawal jam 7 pagi waktu setempat dan akan berakhir 8 malam di mana keputusan pertama akan didedahkan.

Djukanovic merupakan antara tujuh calon yang paling berprofil tinggi yang menyaksikan beberapa poster telah dilekatkan hampir keseluruhan bandar Podgorica di mana satu pertiga penduduk Montenegro tinggal di sana dan disifatkan sebagai ‘pemimpin, negarawan, presiden seluruh rakyat.’

Pihak pembangkang menuduh Djukanovic mempunyai hubungan dengan mafia di mana dia menafikan tuduhan itu. – AFP