MONTREAL, 9 Ogos – Diego Schwartzman dari Argentina menyelamatkan empat mata penamat untuk mengejutkan pilihan ketiga, Dominic Thiem 6-4, 6-7 (7/9), 7-5 semalam dalam pusingan kedua ATP Montreal Masters.
Pemain nombor 36 dunia, Schwartzman merebut inisiatif menentang pemain pilihan ketujuh dari Austria, yang jatuh pada halangan pertama selepas menikmati ‘bye’ pusingan pertama.
Dengan bertahan lebih awal, Thiem bertahan untuk menyamakan kedudukan dengan mata penamat kelimanya bagi ‘tie breaker’ set kedua. Dan pemain berusia 23 tahun itu mula mengawal permainan apabila mendahului 5-2 pada set ketiga.
Tetapi Schwartzman tidak mengalah, menyelamatkan dua mata penamat dengan servisnya pada kedudukan 3-5, satu lagi dalam permainan seterusnya dna satu lagi ketika dia menguasai set bagi 5-5.

Schwartzman kemudian mendapatkan servis bagi perlawanan itu. Dia ketinggalan 0-40, tetapi menang lima mata terakhir dalam perlawanan itu bagi kemenangan pertamanya ke atas 10 pemain terbaik dan mara ke pusingan ketiga.
Schwartzman bukanlah satu-satunya pemain yang mencatatkan kejayaan besar hari itu. Pemain remaja dari Kanada, Denis Shapovalov menyelamatkan empat mata penamat dalam laluan bagi kemenangan tiga set ke atas Rogerio Dutera Silva dalam persaingan pusingan pertama.
Pemain itu berusia 18 tahun itu ketinggalan 4-6 pada set kedua ‘tie breaker’ tetapi menyelamatkan empat mata penamat yang dihadapinya untuk mengheret perlawanan itu ke set ketiga. Shapovalov mengetepikan Dutra Silva pada permainan ketujuh set ketiga dan menamatkan perlawanan dengan kemenangan 4-6, 7-6 (10/8), 6-4. – AFP