PHNOM PENH, 1 Jun 2008 – Seekor monyet seberat 20 kilogram yang ganas ditembak mati di sebuah kuil di ibu negara Kemboja, Phnom Penh, setelah ia menyerang pengunjung, kata pegawai hari ini.
Monyet jantan yang ganas itu dibunuh semalam kerana ia telah “menggigit ramai orang dan kebanyakan orang berkata monyet itu adalah gengster,” kata Chhim Dina, timbalan daerah Daun Penh, Phnom Penh.
Baru minggu lalu monyet itu menggigit seorang wanita berusia 60 tahun di kepala, tangan dan kakinya, kata Chhim.
“Kami memutuskan untuk membunuh monyet itu kerana ia mengganggu pelancong yang sedang melawat Pagoda Wat Phnom,” katanya. Pihak berkuasa sedang berusaha untuk menangkap lebih banyak monyet buas di kawasan itu.
Wat Phnom dipenuhi kira-kira 200 monyet separuh buas yang ada kalanya mencetuskan kekecohan kepada rumah dan hotel yang berhampiran, mengoyakkan jubin bumbung, merosakkan pakaian dan mencuri barang kecil.
Pihak berkuasa pada masa lalu cuba memerangkap monyet yang tidak mudah dikawal itu dengan memberikan mereka telur yang dicampurkan dengan ubat tidur, tetapi taktik itu tidak Berjaya.