Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Moody’s kekalkan prospek stabil pada sistem perbankan APAC

    KUALA LUMPUR, 11 APRIL – Moody’s Investors Service telah mengekalkan prospek stabil terhadap 13 sistem perbankan Asia-Pasifik (APAC), termasuk Malaysia.

    Lain-lain ialah Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Korea Selatan, New Zealand, Pakistan, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand.

    Agensi penarafan kredit itu turut menyemak semula ke atas prospek sistem perbankan Jepun dan Bangladesh kepada stabil daripada negatif.

    “Prospek stabil ini disokong oleh pemulihan makroekonomi dan keadaan operasi dalam ekonomi APAC, kualiti aset, modal dan kecairan bank yang sebahagian besarnya stabil dan peningkatan dalam keuntungan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Sementara itu, Moody’s masih mengekalkan prospek positif terhadap sistem perbankan Vietnam.

    Ia berkata tinjauan ke atas sistem perbankan APAC mungkin positif jika bukan kerana konflik ketenteraan di Eropah Timur, yang merupakan risiko utama untuk prospek tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...