Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Moody’s: Kewangan Islam terus berkembang pada 2022

    KUALA LUMPUR, 8 MAC – Kewangan Islam akan terus berkembang pada 2022 apabila pemulihan ekonomi semakin pesat, terutama di rantau Majlis Kerjasama Teluk (GCC), kata Moody’s Investors Service.

    Naib Presiden dan Penganalisis kanan Ashraf Madani berkata pemulihan ekonomi dalam pasaran kewangan Islam akan meningkatkan pertumbuhan kredit serta permintaan untuk produk patuh Syariah dan ia menjangkakan pertumbuhan aset bank Islam akan terus mengatasi prestasi rakan setara konvensional mereka.

    “Kami menjangkakan harga minyak yang lebih tinggi akan menjuruskan kepada terbitan sukuk yang lebih rendah pada 2022, sebahagian besarnya didorong oleh keperluan pembiayaan yang lebih rendah dalam GCC,” katanya.

    Firma penyelidikan itu menyatakan terbitan sukuk jatuh 12 peratus kepada AS$181 bilion pada 2021 di tengah-tengah keperluan pendanaan kerajaan yang lebih rendah di rantau GCC dan Indonesia dalam keadaan harga minyak yang lebih tinggi dan pemulihan ekonomi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...