Moon gesa Jepun ‘berlembut’

SEOUL, 10 Jan – Jepun seharusnya mengambil pendirian ‘lebih sederhana’ terhadap masa lalu, menurut Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in hari ini dengan hubungan antara kedua-dua sekutu Amerika Syarikat (AS) itu dan demokrasi kapitalis telah lama tercalar oleh pertikaian berhubung sejarah dan wilayah.

Isu-isu itu sebahagian besarnya berpunca dari pemerintahan kejam Jepun 1910-1945 berhubung semenanjung Korea dan Moon memberitahu para pemberita, “Saya berpendapat kerajaan Jepun seharusnya mengambil pendirian lebih bersederhana tetapi ahli-ahli politik Jepun mempolitikkan isu itu.”

Pertikaian masa ini sebahagian besarnya bertumpu pada apa yang digelar ‘wanita peneman’ yang dipaksa menjadi hamba seks untuk tentera-tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua dan buruh-buruh kasar dipaksa bekerja untuk firma-firma Jepun, dengan pertikaian wilayah juga berkaitan penguasaan kepulauan-kepulauan oleh Seoul.

Mahkamah Korea Selatan pada minggu lalu telah mengesahkan perampasan aset milik Nippon Steel & Sumitomo Metal, selepas firma Jepun gagal mematuhi perintah sebelumnya untuk membayar ganti rugi kepada mangsa-mangsa buruh paksa.

Semalam Tokyo menyifatkan keputusan mahkamah itu ‘amat dikesali’ dan memanggil duta Korea Selatan untuk membuat bantahan.

Menurut data rasmi Seoul, dan juga wanita-wanita peneman, kira-kira 780,000 orang rakyat Korea telah dikerah menjadi buruh paksa oleh Jepun ketika pendudukannya selama 35 tahun.

Jepun menegaskan bahawa semua isu-isu ganti rugi bersejarah antara kedua-dua negara telah diselesaikan di bawah perjanjian 1965 yang menjalin semula hubungan diplomatik mereka.

Di bawah perjanjian itu, pakej bernilai AS$800 juta dalam bentuk pemberian dan pinjaman murah telah diberikan kepada bekas tanah jajahan dalam bentuk ganti rugi.

Tokyo mengatakan keputusan mahkamah melanggar perjanjian dan undang-undang antarabangsa. – AFP

Presiden Korea Selatan ketika berucap pada satu sidang media di Seoul kelmarin. – AFP