Moon, Merkel bincang kerjasama dua hala

SEOUL, 1 OKT – Presiden Korea Selatan Moon Jae In akan menghubungi Canselor Jerman Angela Merkel padahari ini untuk membincangkan kaedah memperkukuh lagi kerjasama dua hala, lapor agensi berita Yonhap memetik Pejabat Presiden.

Kedua-dua pemimpin itu juga dijangka membincangkan mengenai kerjasama dalam tindak balas COVID-19.

Moon juga merancang untuk meminta Jerman menyokong Menteri Perdagangan Korea Selatan Yoo Myung Hee yang membida jawatan tertinggi Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). – Bernama