Moon seru rakyat berganding bahu

SEOUL, 24 OGOS – Presiden Moon Jae In hari ini menyeru rakyat Korea Selatan berganding bahu membantu kerajaan dalam usaha menghentikan rantaian penularan COVID-19, dan meningkatkan penjarakan fizikal ke tahap tertinggi terpaksa diambil andai kempen Tahap Dua ketika ini gagal.

“Jika kita gagal menghentikan (penularan virus) pada tahap ini, kita perlu meningkatkan (garis panduan) penjarakan fizikal ke tahap ketiga,” katanya lapor agensi berita Yonhap. – Bernama