Moon terima peletakan jawatan Kim Yeon-chul

SEOUL, 19 JUN – Presiden Moon Jae-in hari ini menerima peletakan jawatan Menteri Penyatuan Kim Yeon-chul, umum pejabat presiden, lapor agensi berita Yonhap.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas Kim menawarkan diri untuk melepaskan jawatannya dan mengambil tanggungjawab berikutan hubungan Korea Selatan dan Korea Utara yang semakin renggang. – Bernama