Morales diberi suaka di Mexico

PUERTO ESCONDIDO, 12 NOV – Mexico semalam mengumumkan bahawa ia memberi suaka kepada bekas Presiden Bolivia

Evo Morales, yang meletak jawatan pada hujung minggu susulan bantahan berkaitan dakwaan berlaku penyelewengan dalam pilihan raya presiden bulan lepas, lapor agensi berita Turki Anadolu.

“Mexico telah memutuskan untuk memberikan (Morales) suaka atas alasan kemanusiaan.

“Di Bolivia, hidup dan integriti beliau adalah dalam bahaya,” kata Setiausaha Luar Marcelo Ebrard dalam satu sidang akhbar.

Kerajaan Mexico pada Ahad berkata ia akan menawarkan suaka kepada bekas presiden itu, namun Morales telah mengemukakan permohonan secara rasmi dan diberikan perlindungan pada petang semalam. – Bernama