LOS ANGELES, 12 JAN – Bintang Memphis Grizzlies, Ja Morant menjaringkan mata kemenangan dengan perlawanan berbaki 18.6 saat untuk membantu Grizzlies menewaskan Minnesota Timberwolves 117-125, kelmarin.
Morant, yang bermain dalam perlawanan kedua selepas kecederaan bahu, menjaringkan 12 mata dan terlepas kesemua empat percubaan jaringan tiga mata.
Bagaimanapun, dia bangkit dan mencatat layup yang menjadikan 125-125 dengan baki 54.1 saat, dan selepas Grizzlies memperoleh steal melakukan lontaran tinggi melepasi pemain tengah Timberwolves, Rudy Gobert, untuk melengkapkan kebangkitan Grizzlies selepas ketinggalan enam mata dalam masa kurang lima minit dalam permainan.
Anthony Edwards dari Timberwolves juga terlepas percubaan jaringan tiga mata apabila masa perlawanan telah tamat.
Jaren Jackson Jr. menjaringkan 33 mata dan Desmond Bane menambah 21 untuk Grizzlies, yang berada di hadapan dalam pertarungan sengit yang menampilkan 25 pertukaran utama.
Donte DiVincenzo memimpin Timberwolves dengan 27 mata dan 10 rebound. Manakala Jaden McDaniels menjaringkan 21 mata, Naz Reid menyumbang 19 dari bangku simpanan dan Edwards menjaringkan 15 mata.
Sementara itu, ia merupakan persaingan sengit di Detroit, di mana jaringan 23 mata triple double oleh Cade Cunningham membantu Detroit Pistons meraih kemenangan 123-114 ke atas Toronto Raptors. – AFP
