Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Morant menyinar, bantu Grizzlies tewaskan Warriors

    LOS ANGELES, 4 MEI – Ja Morant mengumpul 47 mata ketika Memphis Grizzlies mengatasi Golden State Warriors untuk menyamakan siri play-off NBA Western Conference mereka dengan kemenangan 106-101 kelmarin.

    Jumlah mata play-off yang tinggi dalam kerjaya Morant mengheret Memphis melepasi garisan untuk menyaingi siri separuh akhir tujuh terbaik pada kedudukan 1-1 selepas pertarungan sengit di Forum FedEx di Tennessee.

    Satu pertembungan fizikal dihambat kontroversi, dengan Dillon Brooks dari Grizzlies dikeluarkan selepas hanya tiga minit kerana cuba menghalang Gary Payton II dari pada Warriors ketika dia melompat untuk menjaringkan mata.

    Payton tidak bermain lagi dalam pertandingan itu dan jurulatih Warriors, Steve Kerr kemudian mengesahkan dia mengalami siku patah.

    Kerr kemudiannya menyifatkan pendekatan suku pertama Grizzlies sebagai ‘kotor bukan fizikal’ dan menuduh Brooks melanggar kod di kalangan pemain profesional NBA.

    Walaupun Memphis mempamerkan permainan fizikal, akan tetapi kemahiran Morant akhirnya terbukti dengan jaringan 18 mata suku ke-4 pasukannya untuk melakar kemenangan.

    Sementara itu, di Boston, Jaylen Brown menamatkan perlawanan dengan 30 mata ketika Celtics bangkit untuk mengalahkan Milwaukee Bucks 109-86 dan menyamakan siri play-off Eastern Conference mereka.

    Pemain berusia 25 tahun itu melengkapkan kemenangan Celtics dengan 30 mata, lima rebound dan enam assist manakala Jayson Tatum memperoleh 29 mata dengan lapan assist. – AFP

    Aksi Morant dalam perlawanan kedua separuh akhir Western Conference antara Memphis Grizzlies dan Golden State Warriors. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...