Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Morant serlah bakat untuk Grizzlies

    LOS ANGELES, 10 JAN – Pasukan Memphis Grizzlies telah memecahkan rekod francaisnya dengan sembilan kemenangan berturut-turut, memperoleh 16 mata dan halangan yang menakjubkan dari Ja Morant dengan kemenangan 127-119 menentang Los Angeles Lakers malam kelmarin.

    Desmond Bane menjaringkan sebanyak 23 mata, Jaren Jackson menambah 21 mata dan enam lagi halangan, menghasilkan kemenangan untuk Memphis kali ke-12 dari 13 perlawanan.

    Jaringan Morant datang pada suku pertama, apabila dia melonjak dari belakang Avery Bradley ketika dia mencuba untuk membuat jaringan lay-up, merampas bola itu dengan kedua tangannya dan menghempas ke separuh bahagian atas papan kaca belakang.

    Bradley telah merampas bola itu dari Morant dan mencuba untuk melepasi pemain lainnya.

    “Saya baru sahaja kembali dan memberikan permainan yang bagus,” kata Morant. “Saya hanya mencuba untuk mendapatkan bola. Pada setiap masa dengan melepasi pemain seperti itu, jika awda menghalangnya, mereka akan menghadapi pemain yang akan mengejar untuk merampas bola serta menjaringkannya. Ia berjalan lancar untuk saya. Sekarang saya mungkin jadi bualan dalam Internet kerana perkara itu.”

    Rakan sepasukannya amat kagum.

    “Itu mungkin halangan terbaik yang saya pernah saksikan secara langsung. Mungkin halangan terbaik yang pernah saya lihat, noktah,” kata Jackson. “Itu menakjubkan. Saya tahu dia akan melakukannya juga.” Morant juga menjaringkan alley-oop dari tempat jaringan Bane pada suku ketiga, hampir terkena kepalanya pada rim semalam selepas dikeluarkan dari bangku untuk menentang Clippers dengan keadaan sakit paha kirinya.

    LeBron James memperoleh 23 daripada 35 matanya pada separuh masa pertama. Dia telah membuat 14 dari 19 ja-ringan dan menambah tujuh assist. Dia membuat hantaran kepada Oscar Robertson (9,887 assist) untuk assists ketujuh terbanyak dalam sejarah NBA. – AFP

    Aksi pemain Los Angeles Lakers, Russell Westbrook (kiri) melakukan rebound di hadapan pengawal Mephis Grizzlies, Ja Morant (kanan) pada separuh masa pertama permainan bola keranjang NBA, 9 Januari, di Los Angeles. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...