Morikawa juarai Kejohanan PGA 2020

SAN FRANCISCO, 10 OGOS – Collin Morikawa meraih kejuaraan utama pertamanya kelmarin, membuat pukulan eagle pada lubang ke-16 dalam pusingan bogey percuma 64 di Kejohanan PGA 2020.

Pemain dari Amerika Syarikat berusia 23 tahun, yang menjadi pemain profesional sejak 14 bulan yang lalu, melakukan sesuatu yang tidak diduga dengan hanya menang dalam penampilan kedua karier utama.

Morikawa, yang menduduki rangking ke-12 di dunia, pada akhirnya menamatkan di 13 bawah 267 di TPC Harding Park di San Francisco.

“Ia sangat hebat. Ia merupakan matlamat hidup saya semasa saya masih kecil, menyaksikan semua orang membesar, kesemuanya adalah pemain profesional, dan ini adalah apa yang saya mahu lakukan,” Morikawa berkata. “Saya merasa sangat selesa dari permulaan.

“Sebagai pemain amatur, pemain golf junior, beralih kepada profesional tahun lalu, tetapi akhirnya datang ke San Francisco, yang seperti rumah kedua saya di mana saya menghabiskan masa selama empat tahun di sini, ia adalah sesuatu yang istimewa,” tambah Morikawa, yang membesar di Los Angeles tetapi belajar di kolej di Berkeley, San Francisco.

“Ia adalah satu pusingan yang sangat baik hari ini, dan saya mengetahui papan kedudukan dan semua orang ingin bermain dengan baik.”

Pendahulu pusingan ketiga, Dustin Johnson menamatkan kedudukan sama di tempat kedua bersama pemain dari England, Paul Casey. Johnson membuat pukulan 68 dan Casey menamatkan pusingan dengan 66 untuk mencapai 11 di bawah 269.

Jason Day, Matthew Wolff, Bryson DeChambeau, Tony Finau dan Scottie Scheffler, kesemuanya menamatkan di kedudukan yang sama di tempat ke-4, tiga pukulan kurang dari Morikawa.

Menuju ke pusingan final, masih ada 10 orang pemain dengan hanya tiga pukul dari pendahulu. – AFP

Reaksi Collin Morkawa meraikan kejuaraan utama pertamanya di Kejohanan PGA 2020.- AP