Morikawa rangkul juara Terbuka Workday

LOS ANGELES, 13 JULAI – Collin Morikawa dari Amerika Syarikat berjaya membuat pukulan terbaik di pusingan playoff ketiga untuk mengalahkan Justin Thomas semalam dan merangkul juara Terbuka Amal Jelajah PGA AS.

Morikawa, yang sebelum ini ketinggalan di belakang pada dua pusingan pertama, melakukan tiga pukulan dengan tiga lubang di Muirfield Village Golf Club.

Morikawa yang berusia 23 tahun mengakhiri minggu ini dengan 19 pukulan di bawah par 269 untuk memenangi buat kali kedua kali dalam Jelajah PGA AS.

Kemenangannya semalam juga menebus kekalahan yang mengecewakannya dalam satu lagi perlawanan playoff di Charles Schwab Challenge empat minggu lalu.

Pemain nombor lima dunia, Thomas cuba memenangi kejohanan itu untuk kali ke-13 dalam Jelajah PGA, tetapi dia gagal di lubang terakhir playoff setelah pukulan teenya melayang dan mendarat di belakang sebatang pokok.

Thomas menutup dengan 69 pukulan tetapi merangkumi dua pukulan bogey dalam tiga lubang terakhirnya setelah memulakan pusingannya dengan kelebihan dua pukulan ke atas Viktor Hovland, dengan Morikawa.

Terbuka Amal Workday minggu ini adalah kejohanan golf yang pertama dari acara berturut-turut di padang golf Jack Nicklaus yang dirancang di Dublin, Ohio selepas penutupannya akibat COVID-19.

Seterusnya kejohanan Memorial yang dihoskan oleh Nicklaus akan diteruskan minggu depan.

Collin Morikawa dari Amerika Syarikat meraikan dengan trofi kemenangannya selepas pusingan akhir Workday Charity Open semalam di Muirfield Village Golf Club di Dublin, Ohio. – AFP