Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Morrison akui tersilap langkah

    SYDNEY, 15 MEI – Perdana menteri Australia akhirnya bersuara semasa pusingan terakhir kempen pilihan raya hari ini, dengan mengaku bahawa ‘tidak semua berjalan seperti yang dirancang’ semasa negaranya memberi respons terhadap pandemik.

    Semasa pelancaran rasmi partinya bagi kempen pilihan raya yang bakal berlangsung pada 21 Mei nanti, Scott Morrison daripada parti konservatif mengakui tersilap langkah semasa krisis tetapi mengisytiharkan ‘Australia telah menang’.

    Kempen pilihan raya telah berjalan sejak berbulan-bulan namun hakikatnya Morrison tidak mempunyai peluang untuk berkempen dan membuat rayuan kepada pengundi yang dilihat ingin menyingkirkannya selepas tiga tahun memegang jawatan.

    Menurut penilaian pendapat orang ramai, Parti Buruh yang dipimpin oleh Anthony Albanese dijangka akan memenangi undian pada Sabtu nanti.

    Tetapi kedua-dua parti mengetahui bahawa kejutan masih boleh berlaku.

    Sejak Morrison memegang jawatan, beliau telah berdepan beberapa krisis, daripada krisis iklim yang menyebabkan kemarau, kebakaran hutan dan banjir sehingga pandemik COVID.

    “Ia telah menjadi salah satu tempoh masa yang paling mencabar yang pernah kami alami,” kata Morrison, namun menegaskan bahawa negara kini ‘bergerak ke arah landasan yang tepat’.

    Perdana menteri berusia 54 tahun itu berdepan dengan kritikan ekoran pembekuan pengagihan vaksin yang telah menyebabkan sempadan Australia terus ditutup selama dua tahun.

    Beliau juga berdepan kemarahan awam berkenaan cara pihak kerajaan mengendalikan bencana alam dan enggan mengabaikan penggunaan minyak fosil.

    Undian secara konsisten menunjukkan kira-kira 70 peratus warga Australia ingin lebih banyak tindakan menangani perubahan iklim, tetapi Morrison berulang kali menolak matlamat-matlamat iklim yang bercita-cita tinggi atau mengurangkan industri perlombongan arang batu Australia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...