Morrison wira West Brom

WEST BROMWICH, United Kingdom, 3 Jan – James Morrison melengkapkan permainan menarik separuh masa kedua bersama West Brom ketika mereka bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Hull 3-1 dan menandakan kemunculan mereka dalam persaingan ke-400 Liga Perdana dengan bergaya.

Morrison menambah jaringan Chris Brunt dan Gareth McAuley untuk menyaksikan tuan rumah bangkit setelah ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama dengan gol ketujuh bagi Robert Snodgrass musim ini dan gol kedua terbaik untuk melanjutkan kemarau kemenangan Hull kepada sembilan perlawanan.

West Brom masih berada di tangga kelapan sementara Hull, yang menang sekali daripada 18 perlawanan Liga Perdana, berada di tangga kedua tercorot ketinggalan empat mata dari kedudukan selamat.

Ketidakupayaan mereka untuk beraksi tanpa bolos dalam 22 perlawanan dalam semua persaingan benar-benar menjejaskan mereka sejak Januari 1991 apabila bolos dalam 22 perlawanan.

Hull dilihat berada dalam kedudukan bagus apabila Snodgrass mengetepikan voli kemas dari hantaran lintang Ahmed Elmohamady bagi jaringan pertama di gelanggang luar dalam enam perlawanan.

Pemain West Brom James Morrison (kiri) dicabar pemain Hull City Jake Livermore dalam aksi Liga Perdana di The Hawthorns, kelmarin. – AP
Pemain West Brom James Morrison (kiri) dicabar pemain Hull City Jake Livermore dalam aksi Liga Perdana di The Hawthorns, kelmarin. – AP

Tetapi pasukan pelawat berhak mendapat kelebihan selepas mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Everton Jumaat lalu selepas bermula dengan cemerlang bersama Snodgrass, Adama Diomande dan kapten pasukan Michael Dawson yang hampir menjaringkan gol.

West Brom bangkit apabila penyerang Cameroon, Nyom diturunkan bagi menggantikan Jonny Evans yang mengalami kecederaan, dan hantaran lintangnya mendapatkan penjaring terbanyak Salomon Rondon tetapi pemain dari Venezuela itu membuat tandukan tepat kepada David Marshall.

Marshall, yang jaringan sendirinya Jumaat lalu membolehkan Everton mencatatkan keputusan seri pertama, menyelamatkan kedudukan beberapa minit kemudian dengan merebahkan badan untuk menghalang tandukan Matt Phillips.

Hull ketinggalan dengan kedudukan sempurna Diomande untuk melepaskan rembatan tetapi McAuley melakukan tugasan menarik menghalang rembatannya dengan bola tepat ke arah midfield Hull, Tom Huddlestone tetapi rembatannya ditepis keluar oleh Ben Foster.

Pengurus West Brom, Tony Pulis sudah pasti ‘menggoreng’ pemainnya pada masa rehat kerana mereka beraksi sebagai pasukan yang berubah tetapi seri empat minit kemudian. – AFP