Moscow, Portugal catat kes pertama COVID-19

MOSCOW/PORTUGAL, 2 MAC – Pihak berkuasa Rusia hari ini mengesahkan kes pertama koronavirus di Moscow, memberitahu bahawa pesakit tersebut baru pulang dari Itali.

Pasukan petugas anti-koronavirus berkata di dalam kenyataan memberitahu agensi berita Rusia bahawa ‘lelaki muda’ tersebut jatuh sakit pada 21 Februari lalu ketika sedang dalam percutian di Itali. Lelaki tersebut, yang tinggal di luar Moscow, kembali ke Russia pada 23 Februari dan mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan parut-paru, menurutnya.

Lelaki tersebut kemudiannya meminta bantuan perubatan dan telah dimasukkan ke dalam hospital pada 27 Februari lalu. Hasil ujian mengesahkan jangkitan tersebut pada hari Isnin dan gejalanya menunjukkan ia tidak teruk, dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, di Portugal hari ini juga turut mengesahkan kes pertama COVID-19. Mangsa berusia 60 yang baru pulang dari Utara Itali, kawasan yang paling teruk terjejas di Europah.

Manakala mangsa kedua telah dibawa ke hospital dengan mempunyai gejala koronavirus, lelaki yang berusia 33 tahun, masih menunggu keputusan terakhir selepas ujian awal mendapati beliau mempunyai tanda-tanda awal virus tersebut. Suspek kedua yang dijangkiti adalah seorang yang baru pulang dari Timur Sepanyol, di mana sebanyak 19 kes COVID-19 telah disahkan.

Kerajaan Portugal berkata pihaknya akan melakukan pengimbasan menyeluruh kepada meraka yang baru sahaja pulang dari Itali dan China. – AFP