Moscow saksi undian piala dunia

MOSCOW, 1 Dis – Pemimpin Rusia Vladimir Putin dan Presiden FIFA Gianni Infantino hari ini telah merasmikan pembukaan untuk undian Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Kremlin, Moscow.

“Negara ini mengharapkan Piala Dunia nanti berada di peringkat paling tinggi,” beritahu Putin dalam kenyataan televisyen.

“Sukan ini disukai ramai sejak dulu lagi, dengan sokongan dari semua negara,” tambahnya. Putin berjanji akan membuat segalanya untuk pertandingan ini menjadi festival sukan terbesar.

Legenda Argentina Diego Maradona menunjukkan kertas undian Sepanyol sambil disaksikan oleh bekas pemain antarabangsa Brazil Cafu semasa undian Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Moscow semalam. – AP

“Saya yakin Piala Dunia akan datang akan menjadi faktor terbesar dalam pembangunan sukan di seluruh rantau Rusia dan seluruh pelusuk dunia.”

Dunia bola sepak akan tertumpu di Moscow untuk mengambil tahu siapa melawan siapa, bila dan di mana pertandingan akan di adakan.

Kejayaan pertandingan ini akan menjadi kebanggaan Putin secara peribadi selepas pemimpin tertinggi Rusia itu merebut kejohanan yang akan berlangsung pada 14 Jun hingga 15 Julai daripada England. – AFP