Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Mosti siasat penemuan serpihan roket di Sarawak

    KUALA LUMPUR, 1 OGOS – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menggerakkan pasukan siasatan khas hari ini untuk menyemak laporan penduduk di Pekan Sepupok Lama, Niah, Sarawak berkaitan penemuan serpihan objek di kawasan itu, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.

    Ini berikutan kemasukan semula serpihan (debris) roket Long March 5B milik China yang dikesan berlaku pada 12:55 tengah malam Sabtu lepas di sekitar Laut Sulu.

    Beliau berkata pasukan itu yang terdiri daripada Bahagian Penguasa Angkasa, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) akan bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri untuk menjalankan siasatan mengenai laporan berkenaan.

    “Setakat ini, pasukan LPTA dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) telah ke lokasi untuk menyemak penemuan serpihan objek berkenaan.

    “Pasukan MYSA dan Bahagian Penguasa Angkasa akan menyusul bagi tujuan pengesahan. Pihak kementerian akan melaporkan hasil siasatan dalam jangka masa terdekat,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Graphjet Technology Sdn Bhd dengan Toyoda Trike Corporation dan Asia Development Capital Ltd di sini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...