Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Mothercare adakan peraduan mewarna

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Seramai 73 orang kanak-kanak dari Daerah Brunei dan Muara dan Belait yang berumur antara tiga hingga 12 tahun menyertai peraduan mewarna dan peraduan warna pastel yang dianjurkan oleh Mothercare Brunei di cawangannya di Delima, hari ini.

    Peraduan mewarna dibahagikan kepada dua kategori iaitu untuk kanak-kanak berumur antara tiga hingga tujuh tahun dan kanak-kanak berumur antara lapan hingga 12 tahun.

    Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pengurus Mothercare, Johnny Arenas.

    Pemenang tempat pertama bagi peraduan itu membawa pulang baucar bernilai $50 dan tempat kedua menerima baucar $30 manakala 50 peserta diberikan baucar bernilai $5.

    Sementara itu, bagi peraduan warna pastel yang disertai oleh 21 peserta, tempat pertama dan kedua masing-masing membawa pulang hadiah baucar berjumlah $50 dan $30 manakala 19 yang lain diberikan baucar bernilai $5 setiap seorang.

    Sepanjang peraduan itu, kanak-kanak juga dihiburkan dengan kemunculan maskot Winnie the Pooh dan Tigger.

    Pada setiap hujung minggu sepanjang November ini, Mothercare akan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik bukan saja untuk pelanggan malah orang ramai.

    Suasana peraduan mewarna yang disertai oleh kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga 12 tahun yang dianjurkan oleh Mothercare Brunei cawangan Delima.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...