Mothercare beramal rai ulang tahun ke-60

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Sebanyak 1,120 pek peralatan perlindungan diri (PPE), 5,000 scrub dan 100 botol gel pensanitasi telah disumbangkan oleh Mothercare Brunei sempena ulang tahun ke-60 Mothercare di seluruh dunia.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut berlangsung di Kompleks Sukan Menglait dan proses penyerahan sumbangan tersebut dibantu oleh wakil Mothercare, sukarelawan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan kakitangan Kementerian Pertahanan.

Sumbangan peralatan pelindungan itu adalah untuk petugas barisan hadapan yang bekerja keras melindungi negara.

Sumbangan diserahkan ke Kompleks Sukan Menglait. – Gambar serahan Mothercare