Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Motivasi tingkatkan prestasi pelajar

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Unit Kaunseling dan Kerjaya, Sekolah Menengah Berakas telah mengadakan taklimat motivasi bagi ibu bapa dan pelajar-pelajar di Dewan Anggerek sekolah tersebut, baru-baru ini.

    Antara objektif taklimat motivasi ini diadakan adalah untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar yang akan menduduki Peperiksaan BC GCE O Level dan yang akan menamatkan kursus bagi program BTEC.

    Ini juga membantu memberikan semangat serta motivasi kepada para pelajar dengan adanya sokongan ibu bapa atau penjaga, guru-guru dan pihak sekolah.

    Taklimat motivasi yang disampaikan oleh pakar motivasi, Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor itu turut dihadiri oleh ibu bapa pelajar Tahun 11 dan BTEC.

    Haji Ali Yusri semasa menyampaikan taklimat berkenaan.
    Antara yang hadir pada taklimat motivasi yang diadakan di Dewan Anggerek, Sekolah Menengah Berakas baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...