Motosikal ‘berkuasa sisa buangan’

TOKYO, Jumaat – Pembuat tandas tersohor di Jepun mendedahkan motosikal ‘berkuasa sisa buangan’ yang boleh membuat perjalanan sejauh-jauhnya 300 kilometer dengan tangki yang diisi dengan buangan haiwan.

Dianggap sebagai kenderaan berkuasa sisa buangan pertama, kenderaan tiga roda itu diletakkan tandas dalam menggantikan tempat duduk biasa dan gulungan besar kertas di belakang.

Tetapi ketika seorang model wanita muda menaikinya untuk uji pandunya, syarikat tandas gergasi TOTO dengan pantas menegaskan bahawa wanita itu tidak akan membekalkan ‘gas’.

“Biogas yang digunakannya sebagai bahan api bukan dibuat dari buang manusia. Ia adalah dari buangan binatang ternakan dan kumbahan,” Kenji Fujita, seorang jurucakap syarikat memberitahu pemberita di pinggir kota Tokyo.

“Kami harap untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelanggan tentang kempen hijau menerusi pembentukan produk mesra alam sekitar seperti pancuran jimat air dan tandas jimat air,” tambah Fujita.

Syarikat itu yang membuat tandas yang dilengkapi dengan pelbagai ciri, termasuklah tempat duduk haba, pancutan air dengan kawalan tekanan dan suhu dan muzik latar belakang sekeliling – tidak akan mengkomersialkan motosikal itu.