Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    MoU bagi projek kompleks pemprosesan padi dimeterai

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan KSSUP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) telah mengadakan majlis penandatanganan kontrak perjanjian bagi projek Design, Supply, Install, Testing and Commissioning of New Rice Mill, Paddy Dryer and Storage for Wasan Rice Processing Complex, Brunei dengan Syarikat Beaver Engineering Sdn Bhd di ibu pejabat Jabatan Pertanian dan Agrimakanan di Lapangan Terbang Lama Berakas, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis penandatanganan kontrak itu ialah Setiausaha Tetap, KSSUP, Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab. Menandatangani perjanjian bagi pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan ialah Pemangku Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Hajah Masliana Yuliah binti Abdullah manakala mewakili Syarikat Beaver Engineering ialah pengerusinya, Pengiran Datin Hajah Juliana binti Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

    Turut hadir bagi menyaksikan majlis penandatanganan itu ialah Pemangku Timbalan Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Awang Abuzar bin Haji Mohd Tahir dan Timbalan Pengarah Urusan Syarikat Beaver Engineering, Virginia Shim.

    Perjanjian projek bagi mereka bentuk, membekal dan memasang rice mill, paddy dryer dan storage tanks telah ditawarkan secara terbuka melalui proses tawaran pada bulan Mei 2022. Perjanjian bertujuan menaiktaraf perkhidmatan pengisaran, penambahan mesin pengeringan padi dan fasiliti penyimpanan padi yang efisien di samping memastikan dan menjamin pembekalan beras yang konsisten dan berkualiti.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, operasi kilang pemprosesan padi dan beras di Kawasan Kemajuan Pertanian Wasan, Mukim Pengkalan Batu itu kini telah diambil alih oleh Syarikat Wasan Milling (WMC) Sdn Bhd iaitu sebuah sebuah entiti korporat baharu yang dimiliki sepenuhnya oleh Darussalam Assets Sdn Bhd sebagai satu inisiatif pengkorporatan perkhidmatan kerajaan yang dipandu oleh KSSUP, dengan kerjasama Darussalam Assets.

    Dalam fasa peralihan pengkorporatan tersebut, projek bagi mereka bentuk, membekal dan memasang rice mill, paddy dryer dan storage tanks ini adalah sebagai salah satu usaha pihak kerajaan untuk menaik taraf fasiliti dengan penggunaan mesin pengisaran padi teknologi terkini bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran serta menjurus kepada penghasilan produk beras yang lebih berkualiti di samping untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran beras bagi menampung keperluan negara yang semakin meningkat ke arah mendukung agenda sekuriti makanan negara.

    Gambar ramai tetamu kehormat dan pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian dan Agrimakanan serta Syarikat Beaver Engineering.
    Hajah Tutiaty (kanan) semasa menyaksikan penandatanganan kontrak antara wakil Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan Syarikat Beaver Engineering.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...