Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    MoU Mesir, Korea S bernilai AS$1.6b

    KAHERAH, 2 FEB – Mesir telah menandatangani perjanjian bernilai AS$1.66 bilion untuk membeli meriam Korea Selatan, kata pihak tentera hari ini, seminggu selepas Washington meluluskan perdagangan senjata kepada Kaherah.

    Memorandum persefahaman (MoU) itu ditandatangani kelmarin semasa majlis yang dihadiri Menteri Pertahanan, Mohamed Zaki dan ketua pentadbiran Program Pemerolehan Pertahanan Korea Selatan, Kang Eun-Ho.

    Perjanjian itu memperuntukkan “pengurusan bersama dan pembuatan sistem meriam K9A1 di kilang-kilang Pihak Berkuasa Kebangsaan bagi Pengeluaran Ketenteraan Mesir dengan kerjasama firma Korea Selatan, Hanwha,” menurut kenyataan pihak tentera Mesir.

    Kenyataan itu tidak mendedahkan nilai perjanjian itu tetapi Korea Selatan berkata ia bernilai lebih daripada dua trilion won Korea Selatan (sekitar AS$1.66 bilion).

    “Kontrak ini melebihi dua trilion won, bukan sahaja ia merekodkan eksport terbesar untuk meriam gerak-sendiri K9, tetapi ia juga memberi peluang untuk diiktiraf sekali lagi untuk kecemerlangan sistem senjata Korea Selatan,” menurut pejabat presiden Korea Selatan.

    Mesir telah menandatangani perjanjian bernilai AS$1.66 bilion untuk howitzer Korea Selatan.

    Bulan lalu, AS telah meluluskan perjanjian bernilai AS$2.56 bilion untuk membekalkan Mesir dengan 12 pesawat pengangkut tentera Super Hercules C-130 dan peralatan berkaitan serta sistem radar pertahanan udara.

    Perjanjian dari AS dibuat walaupun terdapat kebimbangan berterusan terhadap rekod hak asasi manusia Mesir.

    Pada September lalu, Jabatan Negara AS menangguhkan AS$130 juta bantuan ketenteraan kepada Mesir kerana kekurangan pada peningkatan hak asasi manusia.

    Pada tahun fiskal semasa, yang bermula pada 1 Oktober, pentadbiran Presiden Joe Biden menganggarkan AS$1.4 bilion untuk bantuan kepada Mesir dan kebanyakannya berkaitan dengan ketenteraan, angka yang sama seperti tahun lalu.

    Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, bekas ketua tentera yang naik ke tampuk pemerintahan selepas mengetuai penggulingan kuasa pendahulunya, Mohamed Morsi, menolak kebimbangan tuduhan terhadap hak asasi manusianya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...