Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    MoU perkasa komuniti pemandu Dart

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Dart Logistics Sdn Bhd dan Megamas Training Company Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam menyediakan Program Pemanduan Defensif kepada Pemandu Dart.

    Pemangku Pengurus Besar Dart Logistics Sdn Bhd, Dayang Siti Nor Syaahidah binti Haji Sahron dan Pengurus Besar Megamas Training Company Sdn Bhd, Michael Stringer hadir bagi menandatangani MoU yang diadakan di Ibu Pejabat Dart.

    Hadir sebagai saksi ialah Pegawai Komunikasi dan Komuniti Dart, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bulqiah dan Timbalan Pengurus Besar Megamas, Haji Mahmud bin Haji Idris.

    Perjanjian itu akan menjadi kerjasama kedua antara Dart dan Megamas, dengan matlamat untuk melengkapkan pemandu-pemandu Dart dengan kemahiran pemanduan defensif dan keselamatan jalan raya.

    Ia juga merupakan sebahagian daripada misi Dart untuk membangunkan asas yang kukuh bagi komuniti pemandu Dart dan membuka laluan untuk bekerjasama dengan industri minyak dan gas.

    Dart Logistics Sdn Bhd mempunyai hampir 300 pemandu Dart yang diperakui dari segi perubatan, memiliki lesen profesional dan insurans komersial dengan pemeriksaan latar belakang yang meluas daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Pasukan Polis Diraja Brunei.

    Dart Logistics Sdn Bhd sentiasa membuka pintu kepada peluang pekerjaan dan percaya akan kepentingan pembelajaran dan peningkatan kemahiran untuk pembangunan kerjaya.

    Dengan memperkasakan komuniti pemandu, para pemandu Dart boleh dijadikan teladan kepada individu yang ingin membuat perubahan dalam hidup mereka.

    Hadir menyaksikan majlis penandatanganan ialah YAM Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bulqiah dan Haji Mahmud. Turut hadir ialah Dayang Siti Nor Syaahidah dan Michael Stringer pada majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Dart. – Gambar oleh Adib Noor
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...