Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    MoU perkasakan pemandu DART

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Dart Logistics Sdn Bhd dan MAED Consultation and Training Company telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi
    kerjasama menyediakan program kesedaran dan latihan pertolongan cemas kepada pemandu Dart seperti pertolongan cemas pekerjaan, pelan pengurusan perjalanan selamat dan pertolongan cemas untuk kecemasan di jalan raya.

    Majlis penandatanganan MoU tersebut telah diadakan di Tasek Brasserie, Hotel Radisson yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dart Logistics Sdn Bhd, Awang Keeran bin Dato Paduka Janin dan Pengarah Urusan MAED Consultation and Training Company, Dayang Irwati binti Abdul Gafur.

    Menandatangani selaku saksi ialah Ketua Pegawai Operasi Dart, Dayang Siti Nor Syaahidah binti Haji Sahron dan Pengarah Program Shell LiveWIRE Brunei, Haji Abdul Yusrin bin Dato Seri Laila Jasa Haji Mohd Salleh.

    Salah satu matlamat kerjasama tersebut adalah untuk mendidik komuniti pemandu Dart tentang kepentingan kemahiran keselamatan jalan raya dan dilengkapi dengan kemahiran untuk bertindak balas dalam kecemasan.

    Awang Keeran dan Dayang Irwati bertukar-tukar dokumen MoU semasa majlis penandatanganan berkenaan. – Gambar oleh Azlan othman

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...