Monday, November 11, 2024
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    MoU tambah baik aplikasi Mengalinga

    Oleh Nurdiyanah R – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Bank Baiduri dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi penambahbaikan aplikasi mudah alih Mengalinga.

    Majlis penandatanganan telah berlangsung di Ruang Komuniti Baiduri, kelmarin, di mana hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Menandatangani bagi pihak KKBS ialah Setiausaha Tetap (Belia), Haji Zakaria bin Haji Serudin dan Ketua Pegawai Belia, Jabatan Belia dan Sukan, Hajah Noor Maslina binti Haji Sulaiman.

    Manakala itu, Bank Baiduri diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Pembangunan Perniagaan, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha dan Ketua Kumpulan Perbendaharaan dan Institusi Perbankan, Awangku Nor Muhammad Nizam bin Pengiran Haji Tengah.

    Aplikasi berkenaan berfungsi sebagai platform untuk penganjur acara daripada pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan untuk mempromosikan peluang sukarelawan dan membenarkan peserta mendaftar melalui aplikasi.

    Lebih 130 organisasi dan 3,000 orang sukarelawan telah mendaftar dalam Mengalinga, dengan hampir 400 acara berjaya mendapatkan sukarelawan melalui aplikasi itu sejak dilancarkan pada 2021.

    Pembangunan dan penambahbaikan Mengalinga merupakan salah satu projek komuniti bank tersebut.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menyaksikan Haji Zakaria dan Pengiran Azaleen bertukar-tukar dokumen MoU semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda